Pages

Tiga Komponen Wajib Ada Pada Facebook Ads Anda




Pengiklanan berbayar di Facebook yang dikenali sebagai FB Ads semakin digunakan oleh ramai usahawan dan peniaga Internet di Facebook. Namun dalam keghairahan itu, ramai juga yang telah rugi besar kerana kos iklan terlampau tinggi berbanding untung yang diperolehi.

Dalam satu-satu iklan di FB, tiga komponen berikut adalah perkara yang wajib ada:

1. Sasaran harus tepat

Siapakah sasaran pelanggan untuk produk yang kita promosikan? Jantina mereka, umur, tempat tinggal, negara dan juga minat (interest) mereka. Ada dua situasi yang mesti dielak dalam proses penetapan sasaran pelanggan ini pada ruangan “Ads Manager’, di mana walaupun penetapan sasaran telah dilakukan, tetapi kita telah tersalah pilihan dan penetapan.

Situasi kedua pula adalah langsung tidak menetapkan sasaran yang menumpu, sebaliknya mengiklankan kepada sesiapa sahaja dengan andaian lebih ramai yang baca iklan, maka lebih ramai yang akan beli. Situasi kedua ini akan menyebabkan kita rugi besar dalam pengiklanan di Facebook.

2. Gunakan imej yang menarik perhatian

Imej yang digunakan seeloknya adalah imej yang menarik perhatian, sama ada ia berkaitan dengan teks iklan ataupun tidak. Namun sebaiknya ia berkaitan dengan produk yang dijual. Tujuan utama imej di iklan adalah untuk mencuri perhatian mata pengguna Facebook (pelanggan sasaran) agar membaca iklan, jadi ia haruslah gambar yang mampu menarik mata pengguna Facebook.

Tugas iklan yang dibina adalah untuk memastikan mereka tertarik untuk membaca dan klik pada iklan tersebut. Seterusnya, tugas menjual adalah laman web jualan ataupun ayat jualan di Facebook Page.

Warna imej dicadangkan berwarna terang, manakala objek dalam gambar itu adalah objek yang menarik pada fitrah jiwa manusia. Gambar-gambar, foto ataupun imej yang mempunyai ciri memberi inspirasi, gembira, memotivasikan, santai dan ceria, biasanya mampu mencuri perhatian mata pembaca iklan.

Seperkara lagi, imej menarik yang digunakan juga berfungsi agar iklan kita lebih diutamakan berbanding iklan-iklan yang lain. Walaupun iklan kita tidak berada paling atas, namun disebabkan imej yang digunakan adalah menarik, pembaca iklan akan terus menumpu pada iklan kita sehingga terlupa pada iklan-iklan yang lain.

3. “Call to Action”

Call to Action adalah “ayat arahan”. Komponen ini wajib ada agar iklan yang dibaca akhirnya diklik. Contoh ayat arahan adalah seperti “Klik di sini”, “Daftar sekarang” dan sebagainya. Ayat arahan ini adalah ayat yang menerangkan apakah yang pembaca iklan perlu buat selepas mereka membaca iklan kita. Tanpa ayat arahan sebegini, kemungkinan besar mereka hanya membaca iklan tanpa klik padanya.

Klik Disini Untuk Belajar Teknik FB Ads Dari Pakar FB Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...