Pages

Dari Facebook ke Emel: Bagaimana Membina Hubungan Baik dengan Pelanggan Melalui Emel



Tidak dinafikan, Facebook semakin mendapat tempat di hati kebanyakan orang, terutama rakyat Malaysia. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh sebuah laman web dan semasa artikel ini ditulis, Malaysia menduduki tangga ke-17 pengguna Facebook paling terbanyak.

Namun kita telusuri kembali sejarah lampau. Banyak laman sosial seperti MySpace, Friendster dan lain-lain akhirnya ditinggalkan sedikit demi sedikit oleh penggunanya. Begitu juga dengan Facebook, kita juga tidak tahu apa yang akan berlaku pada satu hari nanti.

Atas kesedaran itu, kita perlu fikirkan strategi agar kita dapat meneruskan perniagaan kita walaupun Facebook tidak lagi menjadi satu tempat singgahan ramai. Salah satu strategi itu adalah “email marketing”.

Melalui kaedah pemasaran emel itu, kita tidak perlukan sebuah laman web yang canggih, sebaliknya kita hanya menggunakan sebuah sistem pengurusan emel pelanggan yang dipanggil sebagai “autoresponder”.

Dengan sistem autoresponder, kita boleh menyimpan sekurang-kurangnya nama dan emel prospek (bakal pembeli) dan juga pelanggan sedia ada. Contoh autoresponder yang banyak digunakan oleh usahawan online adalah seperti Aweber.com dan Getresponse.com.

Dengan menggunakan autoresponder, kita dapat menghubungi ribuan pelanggan dan prospek pada bila-bila masa sahaja yang kita mahu dengan hanya sekali klik sahaja. Buka (login) sistem autoresponder, tulis emel dan klik “send”. Begitu mudah tanpa kita perlu hantar emel satu persatu kepada setiap pelanggan.

Walaupun dikatakan Facebook itu hebat, namun ia bukan milik kita. Jadi kita perlu usahakan sesuatu seperti menyimpan maklumat pelanggan pada satu tempat yang selamat dan mudah digunakan pada bila-bila masa.

Walaupun dikatakan pengguna Internet pada masa ini lebih kerap melayari Facebook, namun mereka tetap memerlukan emel untuk urusan pendaftaran Facebook, urusan kerja dan juga urusan peribadi. Emel adalah satu-satunya teknologi yang akan terus kekal dalam tempoh masa yang lebih panjang. Jadi menggunakan autoresponder untuk memanjangkan hayat bisnes kita adalah satu pilihan yang tepat.

Facebook Page dan Autoresponder

Apabila kita menggabungkan dua ‘teknologi’ ini bersama-sama, bisnes yang kita lakukan akan menjadi semakin hebat, terurus dan ada jaminan masa hadapan. Ini kerana, kita simpan maklumat pengguna dan prospek dengan baik dan mereka dapat dihubungi pada bila-bila masa sahaja.

Dengan menggunakan Facebook Page, kita boleh menambah aplikasi iFrame. Anda boleh menggunakan fungsi Search di Facebook dan taip “iFrame”. Ia akan menyenaraikan aplikasi-aplikasi iFrame yang boleh dimasukkan ke Facebook Page.

Dengan aplikasi itu, kita boleh meletak laman web yang ‘simple’ di mana para ‘fans’ boleh memasukkan nama dan alamat emel mereka dalam borang yang sediakan di situ. Laman web simple itu biasanya dipanggil sebagai Squeeze Page.

Hubungi mana-mana individu yang menyediakan servis rekabentuk laman squeeze page jika anda tiada kemahiran mengenainya. Selain itu, boleh juga dapatkan mana-mana panduan yang ada di Internet untuk memasukkan laman web ke Facebook melalui aplikasi iFrame tadi.

Gunakan google.com untuk mencari panduan berkaitan, ataupun boleh bertanya mana-mana rakan-rakan usahawan online yang dikenali, termasuk bertanya di gruop-group perniagaan yang anda sertai.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...