Pages

Teknik Halus Menjual Produk di Facebook Personal Profile




Facebook personal profile adalah bahagian utama apabila kita memasuki (login) ke Facebook. Di sini kita boleh mempunyai maksimum 5000 orang kawan (Friends). Kita boleh ‘add’ pengguna Facebook yang lain, ataupun mereka yang ‘add’ kita.

Persoalan di sini adalah, bolehkah kita menjual produk di personal profile? Bukankah ia hanya untuk berkenalan, berkawan, bersantai dan menambah kenalan baru?

Jawapannya, boleh dengan bersyarat. Syaratnya adalah kita menggunakan teknik yang betul dan berkesan. Pernah dengar pepatah “bagai menarik rambut dari tepung”? Dalam artikel ini, kita akan gunakan konsep yang sama, iaitu dipanggil sebagai “soft selling”.

Soft selling adakah teknik menjual “sambil menyelam minum air”, iaitu sambil kita kongsikan sesuatu di bahagian status Facebook, orang akan mahu beli produk kita, ataupun bertanya mengenai bisnes dan produk kita.

Cara untuk melakukannya cukup mudah, seperti berikut:

1. Soft selling bukan promosi terang-terangan. Jangan guna perkataan seperti “beli sekarang”, “klik sekarang”, “hubungi saya sekarang”, “promosi terhad!”, “diskaun hebat!” dan sebagainya. Ia tidak sesuai di personal profile.

2. Gunakan ayat bentuk bercerita. Contohnya katakan kita baru balik dari pejabat pos, kita letak sekali gambar yang telah diposkan dan beritahu kita baru saja balik dari pejabat pos.
Contoh lain, kita ceritakan respons pelanggan dalam bentuk bercerita, seperti, “Saya amat gembira kerana kebanyakan pelanggan yang guna produk ini hantar SMS perkembangan yang positif.” Sertakan gambar produk bersama tulisan tersebut.

3. Beritahu tugas yang sedang dilakukan. Contoh: “Sedang siapkan tempahan pelanggan. Perlu diposkan sebelum jam 3 petang ini.”

4. Kongsi cerita sebenar. Contohnya anda bercerita mengenai bisnes yang sedang dilakukan. Mengapa menceburi bisnes itu, matlamat, perancangan dan sebagainya. Sebut nama produk jika perlu.

5. Boleh letak link website ataupun fan page bisnes di setiap perkongsian soft selling seperti di atas, tetapi elakkan terlalu kerap. Beritahu link informasi produk setelah ada yang bertanya di ruangan komen.

6. Wujudkan sebuah album khas produk. Letakkan maklumat jelas bagi setiap produk. Elakkan letak harga. Biar prospek bertanya sendiri sama ada di bahagian komen gambar ataupun melalui Inbox.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...