Pages

7 Cara Mendapatkan Fans untuk Facebook Page




Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan ‘fans’ (Likes) untuk Facebook Page. Di antaranya adalah seperti berikut:

1. Blog

Jika anda mempunyai blog, gunakan ia sebaik mungkin untuk mendapatkan fans. Caranya sama ada anda menulis satu post khas mengenai Facebook Page anda, letak link FB Page di mana-mana bahagian blog, ataupun gunakan ‘widget’ yang disediakan oleh Facebook di sini:
http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box/

2. Youtube

Hasilkan video yang berinformasi, menghiburkan dan santai. Tempoh video tidak perlu terlalu panjang. Sudah cukup sekitar 1 hingga 3 minit sahaja. Pada bahagian ‘description’, letak link ke Facebook Page. Youtube adalah enjin carian kedua yang digunakan oleh pengguna Internet untuk mencari sesuatu maklumat.

3. Video viral di Facebook

Selain menggunakan Youtube, gunakan juga fungsi ‘upload’ video di Facebook Page. Anda boleh gunakan video yang telah diupload di Youtube ataupun video yang lain. Seeloknya, video itu adalah berkaitan dengan bidang bisnes dan jualan yang dilakukan.

Sebaik-baik video adalah video yang mempunyai sebab untuk disebarkan oleh penonton. Antaranya adalah seperti video yang lucu, berinformasi dan menyentuh perasaan.

4. Iklan banner

Ini adalah kaedah pengiklanan yang terkenal pada awal bidang perniagaan Internet wujud di Internet. Namun lama kelamaan ia semakin kurang efektif. Namun jika kita lakukan sebaik mungkin, ia juga dapat membantu.

Beberapa petua yang boleh digunakan adalah, gunakan banner yang lebih menggunakan teks, kurang animasi dan slot iklan itu berada di kedudukan yang mudah mendapat perhatian oleh pelawat web tempat kita mengiklan.

5. Facebook Ads

Inilah kaedah yang terbaik, paling berkesan dan paling cepat menghasilkan jumlah fans yang banyak. Ada pemilik Fan Page mendapat ribuan fans dalam masa sehari dua sahaja. Mengapa FB Ads memberikan hasil sebegini besar? Salah satu sebabnya adalah, pengiklanan ini adalah lebih menumpu (targeted) dan berjuta-juta rakyat Malaysia aktif menggunakan Facebook.

Kos untuk pengiklanan ini tidak begitu besar jika kita tahu caranya yang betul. Keluarkan sedikit kos dan luangkan masa untuk belajar dengan mereka yang tahu mengiklan di Facebook dengan cara yang betul.

6. Ebook viral

Tulis apa-apa topik yang kita tahu dalam beberapa muka surat (seeloknya lebih daripada 10 muka surat), di mana tulisan kita itu akan memberikan manfaat kepada pembaca.
Dalam ebook percuma itu, kita letak maklumat diri dan bisnes yang kita lakukan, termasuk link ke Facebook Page. Mereka yang rasa bermanfaat dengan ebook itu, akan pasti mahu mendapatkan lagi maklumat berguna daripada kita.

7. Advertorial atau Review

Keluarkan sedikit kos untuk bisnes kita diulas oleh mana-mana blogger. Cari blog yang berkaitan dengan bisnes kita dan hubungi pemilik blog itu. Tanya mereka jumlah caj yang mereka kenakan untuk satu ulasan di blog mereka. Ulasan itu sama ada mengenai produk, Fan Page ataupun bisnes kita.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...