Pages

Satu Cara Paling Mudah untuk Menguasai Seni Pengiklanan Facebook Ads


Menggunakan fungsi “Facebook Ads” adalah umpama menggunakan senapang penembak tepat (sniper rifle). Kita boleh menentukan siapa yang boleh membaca iklan itu. Jika kita menjual pakaian wanita, kita boleh tentukan iklan itu untuk pengguna Facebook yang berjantina wanita sahaja.

Nampak seperti mudah. Namun hakikatnya tidak begitu. Ramai orang yang jika dilihat mereka sukses sahaja menggunakan iklan berbayar di Facebook, sebenarnya mereka telah banyak kali gagal sebelum meraih hasil yang besar.

Begitu juga kita dan sesiapa sahaja. Kita juga boleh menguasai seni mengiklan di Facebook dan menguasainya dalam masa yang cepat jika betul caranya.

Di antara cara mudah dan cepat untuk menguasai pengiklanan “Facebook Ads” adalah dengan belajar daripada orang yang telah berjaya. Mereka biasanya sudah menghabiskan banyak masa dan tenaga utk mengkaji iklan yang berkesan dalam menghasilkan jualan. Kita pula hanya siap belajar sahaja tanpa perlu bersusah payah.

Di antara cara untuk belajar adalah dengan membeli panduan seperti ebook panduan FB Ads yang ada di pasaran sama ada dari luar negara mahupun dalam negara. Pembelajaran melalui panduan sebegini adalah lebih mudah difahami, selain disertakan dengan contoh sebenar.

Selain itu, kita juga boleh menyertai seminar, kursus dan juga ‘personal coaching’. Sudah ramai yang meraih hasil yang besar setelah mereka belajar melalui kursus dan personal coaching. Hidup mereka sebelum dan selepas belajar cara yang betul adalah amat berbeza.
Hubungi individu seperti Internet Marketer ataupun usahawan yang telah menggunakan FB Ads dengan jayanya. Setiap daripada mereka mempunyai pengalaman dan formula tersendiri. Gunakan formula itu untuk produk anda.

Kita ada dua pilihan dalam menguasai seni pengiklanan Facebook Ads:

1. Kita cuba-cuba sendiri dalam masa yang lama, dan bersedia untuk menanggung kos ‘kegagalan’ yang banyak.

2. Belajar daripada orang lain dalam masa beberapa jam sahaja, dan kemudian buat keuntungan yang besar berkali-kali.

Apakah pilihan kita?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...