Pages

7 Cara Membina Hubungan Baik dengan Fans dan Friends di Facebook



7 Cara Membina Hubungan Baik dengan Fans dan Friends di Facebook

Mempunyai Fans ataupun Friends yang ramai di Facebook adalah sia-sia jika kita tidak membina berinteraksi dengan mereka. Ini kerana apabila kita tidak berkomunikasi secara konsisten, kepercayaan mereka terhadap kita adalah tidak sepenuhnya.

Hal ini tidak bermaksud kita perlu kenal setiap orang Fans dan Friends, tetapi bagaimana cara mendorong mereka untuk memberikan komen kepada tulisan status kita, menghubungi kita melalui Inbox dan juga klik Like pada status yang kita tulis.

Berikut adalah tujuh cara untuk berinteraksi dengan mereka:

1. Tanya Soalan

Bertanyakan soalan kepada Fans adalah salah satu cara yang amat berkesan. Bertanya kepada mereka bermaksud kita memberi peluang kepada mereka menunjukkan pengetahuan yang mereka ada. Walaupun jawapan yang mereka berikan tidak begitu baik, kita ucapkan saja terima kasih kepada mereka. Apabila bertanya soalan sebegini, gunakan ayat pertanyaan yang ringkas sahaja.

2. Kongsi cerita dan aktiviti

Sebagai usahawan, sudah semestinya kita banyak aktiviti pada setiap hari. Kongsikan perkara bisnes yang sedang, telah ataupun yang akan kita lakukan. Jika boleh, tulis ia secara umum dan tergantung agar Fans ataupun Friends bertanya untuk lebih tahu.
Contohnya, kita nyatakan begini: “Baru balik dari pejabat pos. Hantar 10 bungkusan kepada pelanggan dari beberapa negeri.” Apabila kita tulis begini, mereka akan bertanya, produk apa yang kita jual dan lain-lain soalan.

3. Letak gambar menarik

Kita boleh meletak gambar yang menarik perhatian mereka. Gambar itu sama ada milik kita ataupun kita kongsikan daripada sumber lain. Gambar-gambar yang menarik adalah seperti gambar yang lucu, keindahan alam, dan termasuklah gambar berkaitan bisnes kita seperti gambar bungkusan produk.

Asasnya, manusia lebih sukakan gambar (imej) berbanding teks. Malah mengikut kajian, status Facebook yang disertakan dengan imej lebih mendapat respons yang tinggi berbanding teks sahaja.

4. Balas komen

Ini adalah bahagian yang paling penting. Apabila ada Fans atau Friends memberikan komen di status kita, kita perlu cepat-cepat membalas komen itu. Jika mereka bertanya, bantu kefahaman mereka dengan menjawab dengan jelas dan mudah.

5. Berkomunikasi melalui Inbox

Apabila kita berkomunikasi melalui Inbox, ia adalah satu perkara yang amat baik. Ini kerana, ia bermaksud Fans atau Friends itu sudah mula berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai produk kita ataupun diri kita.

Pastikan kita berhubungan dengan hemah terhadap mereka. Jawab pertanyaan mereka sehingga mereka faham dan jelas. Jika mereka belum berminat, berikan mereka masa. Malah selang beberapa masa selepas itu, kita boleh hubungi mereka kembali dengan tawaran diskaun.

Mereka tidak akan ada halangan jika kita hubungi mereka melalui Inbox kerana mereka sudah mula biasa dan telah mengenali kita. Cuma kita tulis mesej dengan bahasa yang baik dan jangan sesekali memaksa mereka membeli produk kita.

6. Berikan komen yang bernas dan positif sahaja

Apabila mereka memberikan komen, tugas kita adalah memberikan komen yang terbaik dan tidak melukakan mereka. Jika dapat balas komen dengan ringkas, ia lagi baik. Selain ia mudah dibaca, ruangan komen akan menjadi satu ruangan perbincangan dengan berbalas komen.

Akhirnya, status itu akan menjadi viral dan dapat dilihat oleh rakan-rakan mereka yang belum menyertai (Like) Fan Page kita. Biarkan mereka terus bertanya di ruangan komen, kerana ia baik untuk proses pembinaan hubungan.

7. Buka ruangan ‘wall’ kepada umum

Ini adalah satu perkara yang amat penting. Sekali fikir, kita takut untuk buka ruangan wall kepada umum kerana takut mereka menulis ayat-ayat iklan dan promosi di wall Facebook Page kita. Ia bukanlah perkara besar kerana kita boleh memadam tulisan sebegitu.

Membuka wall kepada umum agar mereka dapat menulis sesuatu adalah satu tindakan yang menguntungkan kerana mereka dapat terus berkomunikasi dengan kita tanpa melalui Inbox, ruangan komen, sebaliknya terus di ruangan terbuka. Fans lain pula akan membaca jawapan dan balasan kita yang profesional. Tulisan mereka di wall kita juga adalah salah satu cara untuk memperbanyakkan kandungan perbincangan tanpa perlu kita sendiri memikirkannya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...