Pages

Berniaga di Facebook: Kepada Siapa Anda Menjual?


Salah satu punca kegagalan dalam menjual produk di Facebook adalah kerana usahawan dan peniaga tidak begitu jelas sasaran pelanggan mereka.

Untuk memastikan proses pemasaran tidak sia-sia, kita perlu sejelasnya ‘mengenali’ siapakah pelanggan yang setepatnya. Kita tidak boleh promosikan secara umum begitu sahaja kerana tidak semua orang sesuai atau memerlukan produk yang kita jual.

Sasaran pelanggan kita haruslah tepat dan menumpu. Contohnya, jika kita menjual pakaian muslimah, pakaian itu lebih sesuai untuk siapa? Katakan pakaian itu lebih sesuai untuk wanita muslimah yang berumur 25 hingga 35 tahun dan bekerjaya. Maka itulah sasaran kita yang sebenar.

Bagaimana cara untuk mengetahui siapakah sasaran kita yang sebenar?

1. Senaraikan tujuan, kelebihan dan fungsi produk yang dijual. Daripada senarai itu, kita akan mula tahu siapa yang lebih sesuai untuk menggunakan produk tersebut.

2. Kita sendiri yang takrifkan. Katakan kita menjual minuman kesihatan yang baik untuk kecergasan sama ada wanita ataupun lelaki. Walaupun ia sesuai untuk lelaki dan wanita, kita boleh lakukan pemasaran dengan menumpu kepada satu jantina sahaja dan untuk golongan berumur tertentu sahaja. Ini boleh dilakukan melalui mesej promosi kita seperti ayat iklan.

Kesimpulan

Sebelum kita mula melakukan pemasaran dan promosi, kita perlu jelas dengan sasaran pelanggan yang kita mahukan. Daripada situ, barulah kita mudah untuk mendapat jualan kerana mesej iklan yang kita tulis (sampaikan) adalah terus tepat dan mengena.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...