Pages

Mengapa Wajib Menggunakan Facebook Page untuk Bisnes


Facebook Page atau disebut juga sebagai ‘Fan Page’ adalah salah satu kemudahan yang disediakan oleh pihak pihak Facebook untuk usahawan dan perniagaan. Ini bagi memudahkan pihak usahawan mengasingkan aktiviti perniagaan mereka daripada personal profile.

Menggunakan Facebook Page untuk menjual produk, servis, membina pengikut untuk bisnes, mengembangkan jenama dan apa jua tujuan, mempunyai banyak kelebihan:

1. Boleh Tambah Aplikasi
Aplikasi adalah seumpama aksesori. Kita boleh tambah ruangan-ruangan lain yang tiada pada Facebook Page. Contohnya kita ingin meletak website di Facebook Page kita, maka kita boleh gunakan aplikasi seperti iFrame. Jika kita guna personal profile, kita tidak dapat melakukan hal ini.

2. Landing Tab
‘Landing Tab’ adalah satu bahagian yang digunakan oleh pemilik Fan Page untuk menarik minat prospek untuk klik Like Page yang mereka layari. Selain itu, landing tab juga dapat digunakan untuk melakukan promosi bagi satu-satu produk dan boleh juga digunakan untuk memperkenalkan diri kita dan perniagaan kita.

Selain meletak maklumat, kita juga boleh meletak video, gambar dan imej. Malah, kita boleh meletak website ataupun blog secara ‘live’ pada bahagian tab. Untuk satu Fan Page, kita boleh memasang sebanyak mana tab yang kita mahukan, tetapi sebaiknya tidak terlalu banyak agar tidak membuat ‘fans’ atau prospek keliru.

3. Statistik
Facebook Page mempunyai satu fungsi statistik yang dipanggil sebagai Insights. Kita dapat tahu tulisan status kita yang mendapat lebih banyak respons dan yang mana kurang. Dari situ kita dapat tahu pelajari tulisan-tulisan yang pengikut (fans) sukakan.

Selain itu, kita juga dapat tahu beberapa maklumat asas fans kita seperti jumlah fans mengikut umur, negeri / bandar kediaman dan jantina.

4. Keterbiasaan Pembeli Rakyat Malaysia
Jika dahulu rakyat Malaysia suka membeli melalui blog, tetapi kini mereka lebih selesa dan suka berurus niaga melalui Facebook. Semakin ramai rakyat Malaysia yang membeli produk di Facebook. Jadi amat rugi jika usahawan tidak mengambil peluang untuk berniaga di Facebook.

5. Mindset Pengguna Facebook
Pengguna Facebook biasanya menganggap Personal Profile adalah untuk mencari dan menambah kawan, seterusnya berkenalan. Ia bukan untuk bisnes dan berniaga. Sebaliknya, mereka lebih selesa berurus niaga di Facebook Page.

Walaupun ada pengguna Facebook yang tidak kisah membeli melalui Personal Profile, namun bagaimana pula dengan sebahagian pengguna yang lain?  Gunakan Facebook Page juga untuk menjual dan mempromosi agar pengguna FB yang hanya mahu berurusan di FB Page tidak kita sia-siakan begitu sahaja.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...