Pages

4 Bentuk Ayat Status Facebook yang Mudah Mendapat Like



Mendapat Like untuk tulisan kita di Facebook adalah penting, kerana ia juga salah satu proses penjenamaan dan juga interaksi bersama Fans. Selain itu, apabila sesebuah status tulisan mendapat Like, Friends kepada Fans yang Like itu dapat melihat status tersebut. Akhirnya mereka juga akan masuk ke Fan Page kita.

Persoalannya, apakah bentuk ayat yang mudah mendapat Like?

1. Tulisan yang ringkas

Pengguna Facebook mahukan suasana yang santai. Mereka boleh sahaja membaca tulisan yang panjang lebar, tetapi tidak selalu. Jadi, tulisan yang ringkas dan pendek adalah santai kerana ia mudah dibaca.

Namun, ayat yang ringkas itu haruslah membuatkan Fans gembira, bersemangat, rasa dihormati dan seronok. Elakkan ayat-ayat yang menyakitkan hati mereka.

2. Tulisan berinformasi

Salah satu bentuk tulisan yang banyak dibaca oleh orang adalah tulisan yang bermaklumat, iaitu terdiri daripada fakta, berita dan perkara yang berguna untuk mereka. Tulis ayat yang berkaitan dengan bidang perniagaan anda. Apakah maklumat yang berguna untuk Fans (prospek) anda?

3. Tulisan “How To”

Jika tulisan berinformasi suka dibaca oleh kebanyakan orang, tulisan “how to” (cara buat sesuatu) pula akan menyebabkan kita ataupun bisnes kita mendapat tempat di hati mereka.
Ini kerana, tulisan berbentuk “how to” amat membantu mereka melakukan ataupun menyelesaikan sesuatu. Contohnya jika kita menjual ‘produk makanan’ (contohnya rempah segera), kita boleh kongsikan cara memasak dengan menggunakan rempah itu,  secara percuma di Fan Page.

4. Tulisan beserta gambar (imej)

Mana-mana jenis tulisan di atas, jika disertakan dengan gambar yang menarik dan berkaitan, pembaca akan lebih rasa mahu klik Like. Ini adalah fitrah manusia yang sukakan sesuatu yang ‘indah’ pada pandangan mata, selain sudah terbukti melalui kajian para Facebook Marketer.




\

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...